Thursday, January 13, 2011
Mukjizat sedekah
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim
Sedekah bukan suatu perkara yang asing dalam masyarakat Islam hari ini. Ada majlis-majlis memberi makan kepada kepada jiran, kenalan dan ahli keluarga. Ia dinamakan kenduri. Ada wang yang diberikan kepada anak-anakkecil pada musim perayaan. Namanya duit raya. Itu semua apabila dilaksanakan dengan iman dan ikhlas hanya kerana Allah,ia termasuk dalam kategori sedekah.
Istiqomah
Namun yang paling berat pada diri seorang yang beriman ialah untuk konsisten atau istiqomah dalam melakukan sedekah.
Kata nabi, “Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan”.
Pada setiap hari sekurang-kurang nya seorang Islam akan berdoa kepada Allah untuk istiqamah. Ia termasuk dalam surah Al-Fatihah yang dibaca pada setiap rakaat solat. Dalam ayar ke-6 kita membaca ayat yang bermaksud, “Tunjukkan kami jalan yang lurus (sirot al-mustaqim)”. Mustaqim bermaksud orang-orang yang istiqomah.
Dalam bab sedekah ada tambahan ganjaran. Nabi dalam satu hadis sahih lain memberi jaminan bahawa akan ada 2 malaikat turun pada setiapa pagi mencari orang yang bersedekah. Malaikat yang pertama akan mendoakan yang bersedekah,”Ya Allah, gantikan apa yang disedekahkan”. Manakala malaikat yang satu lagi akan mendoakan orang yang kikir, “Egkau musnahkan hartanya”.
Namun ada juga beberapa kesalahan dalam melakukan sedekah. Antaranya merungut-rungut selepas melakukan sedekah. Begitu juga dengan mengungkit-ungkit sedekah yang akan menyakiti hati penerima sedekah. Termasuk dalam perkara yang memadamkan pahala sedekah ialah menunjuk-nunjuk (riya’) ketika sedekah. Bahkan riya’ termasuk dalam satu cabang syirik kecil.
Benar kata Nabi, sedekah tidak akan meluakkan harta sama sekali (Hadis Muslim). Namun, benar sedekah akan meluakkan beberapa ringgit wang. Sebaliknya Allah dan Rasul menjanjikan ganjaran yang sangat banyak bukan sahaja di akhirat, bahkan juga di dunia.
Tidak sama peribadi orang yang bersedekah dan orang yang kedekut.Mereka yang sering bersedekah tidak akan menunjuk-nunjuk sedekah nya dan tidak akan mengungkit kembali sedekahnya kerena mereka mengetahui tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerimanya.
Sabit dari beberapa ayat Quran dan banyak hadits nabi, sedekah mempunyai balasan pahala yang sangat besar.
1. Allah menyebut dalam Surah Al-Baqarah, sedekah diberi ganjaran 700 kali ganda. Ini dibuat perumpamaan seperti sebiji benih yang tumbuh bertangkai-tangkai dan berkembang biak.
2. Sabit dari hadits nabi juga, sedekah boleh mengubati penyakit. Ia direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani.
3. Sedekah jug disebut sebagai satu dari amalan ringan yang diberi ganjaran besar. Sekali kita melakukan sedekah, Allah memberikan pahala yang berterusan setiap hari selagi mana sedekah itu dapat dimanfaatkan. Ia disebut sebagai sedekah jariah. Imam Muslim antara yang merekodkan teks hadits ini.
Itu sebahagian dari manfaat sedekah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.
sumber 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment