Thursday, December 30, 2010

Berita Semasa: Ahli Kariah Di Hospital Sg.Buloh


Seorang ahli Kariah Surau S.A.H En Husin bin Ismail atau lebih dikenali sebagai PakLong kini sedang sakit kerana pendarahan dalaman dan sedang dirawat di Hospital Sg.Buloh.Beliau masuk wad ICU pada 21Disember2010 dan kini telah stabil dan masih dirawat di wad 7B Neurologi.

Kepada Ahli kariah dan penduduk yang berkesempatan melawat dan menziarahi beliau silalah berbuat demikian.Sesungguhnya menziarahi rakan dan sahabat yang sakit amat dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah Nabi.Insaallah berkat dari ziarah tuan-puan beliau akan segera disembuhkan Allah dan dapat kembali berbakti bersama masyarakat di sini.Bersamalah kita berdoa agar beliau segera sembuh.






Doa menjenguk orang sakit sesuai dengan Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, iaitu:


.اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّاَفِي لَاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفآؤكَ شِفآءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً


Artinya: “Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tak ada obat selain obat-Mu, obat yang tidak meninggalkan sakit lagi."









No comments:

Post a Comment