Saturday, June 23, 2012
Ta'alim subuh VID 00034-20120620-0616.3GP
Perbezaan mereka yang beramal hanya kerana Allah di syurga..
Monday, June 11, 2012
Saturday, June 9, 2012
Monday, April 30, 2012
Akhlak Adalah Tempat Pandangan Tuhan, Rasul Dan Manusia
Senyumlah selalu, mesralah selalu
ia membantu berkasih sayang sesama manusia
Janganlah ketawa terbahak-bahak, jiwa mati
Rupanya pun hodoh, buruk sekali
Ketawa berdekah-dekah lambang hati yang lalai
Bukan itu cara bermesra, bahkan orang benci
Janganlah mengada-ada selalu, bergurau berlebih-lebihan,
ia akan membawa perbalahan atau orang jemu
Kalau selalu dilakukan menjadi kebiasaan hilang wibawa diri
Sedangkan wibawa diri adalah mahal, ia adalah keyakinan orang
Bahkan ia adalah maruah diri
Ada maruah adalah kepercayaan orang,
tidak ada maruah hilang keyakinan orang
Bercakap kenalah jaga bahasanya
Jangan mencarut, jangan mengumpat, jangan bercakap lucah
ia melambangkan peribadi yang rendah
Kehormatan kita hilang,
orang tidak segan, harga diri terkorban
Bercakap kotor melambangkan
rendahnya akhlak seseorang
Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia
Tidak ada akhlak pada seseorang,
orang itu pandaikah, berkuasakah,
kayakah kehormatannya hilang
Keyakinan orang hilang, kepercayaan orang pudar
Berkelakar berlebih-lebihan orang suka dengar,
tapi orang tidak segan
Sekadar kemesraan tidak mengapa, jangan me;ampau
Kerana berlebih-lebihan berkelakar mematikan jiwa,
orang tidak percaya
Awaslah kelakuan kita, biarlah normal
Agar kepercayaan orang tidak pudar
Subscribe to:
Posts (Atom)